XOX
| English | 中文 |

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
15 OCTOBER 2009
Bernama - XOX Cecah 100,000 Pelanggan « Back  
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pengendali mudah alih baharu XOX Com Sdn Bhd mengumumkan Khamis ia mencecah paras 100,000 pelanggan minggu lepas dengan sokongan daripada pengguna mudah alih tempatan.

Presidennya Ng Kok Heng berkata syarikat itu dengan hanya pakej prabayar 010 dalam pasaran, berjaya merekodkan 100,000 pengaktifan. "Ini menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul dengan menyediakan pasaran sasaran kami apa yang mereka mahu dan perlukan dan ia pastinya permulaan yang sangat baik bagi kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng berkata dengan rangkaian pengedaran menyeluruh XOX iaitu lebih 7,500 wakil penjual dan liputan di seluruh negara, bilangan pengaktifan meningkat dengan kukuh daripada 20,000 pada akhir April tahun ini. Beliau berkata syarikat itu ketika ini berada di peringkat akhir persediaan dan menguji pakej baharunya untuk dilancarkan dalam tempoh sebulan. Ng berkata XOX yakin dapat mencecah 200,000 pengaktifan pada akhir tahun ini dengan pakej baharu tersebut.

Pakej itu, katanya, akan menawarkan pengguna mudah alih gabungan faedah daripada perkhidmatan pascabayar dan prabayar, menampilkan "yang terbaik daripada kedua-dua bahagian."

--BERNAMA
 
               
Press Release
2011 Archive: Jan - Mar | Apr - June | July - Sept      
2010 Archive: Jan - Mar | Oct - Dec          
2009 Archive: Jan - Mar | Apr - June | July - Sept | Oct - Dec  
2008 Archive: Jan - Mar | Apr - June | July - Sept | Oct - Dec  
 
 

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
 
Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above. Terms & Conditions | Site Map
Copyright © 2009 XOX Com Sdn Bhd. All rights reserved.