| |
| 8 MAY 08 |
|
|
UTUSAN MALAYSIA : XOX Com diberikan nombor awalan 010 oleh MCMC |
« Back |
|
|
KUALA LUMPUR 7 Mei XOX Com Sdn Bhd muncul sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih pertama (MVNO) yang diberikan nombor awalan 010 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Ia adalah pencapaian besar untuk kami di XOX kerana kami telah berusaha keras sejak dua setengah tahun dari September 2005 untuk mendapatkan nombor awalan 010 yang kami rasakan ia menyamai dengan aset Negara,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ng Kok Heng hari ini.
XOX, meskipun dengan klasifikasi teknikalnya sebagai sebuah MVNO, ia telah bersedia untuk menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan sepenuhnya.
“Kami terus menerus mengemaskinikan model perniagaan kami, berunding dengan peserta industri, melaksanakan penyelidikan dan peka dengan trend-trend pasaran bagi memastikan yang XOX ialah syarikat pengendali mudah alih yang mantap dan menyeluruh yang boleh memberi manfaat sebaik mungkin kepada pelanggan,” kata Kok Heng.
Kok Heng ialah pengasas bersama syarikat dan bekas perunding yang telah bekerja dengan pengusaha rangkaian mudah alih seperti Celcom dan SingTel.
Sebagai pembekal perkhidmatan yang dipertingkatkan, XOX mempunyai penguasaan terus terhadap kad modul pengenalan pelanggan (SIM), penjenamaan, pemasaran, bil dan operasi penjagaan pelanggan dan hanya akan menyewa infrastruktur radio daripada pengusaha rangkaian mudah alih sedia ada.
Syarikat juga akan mempunyai sistem sokongan operasi dan sistem sokongan perniagaan.
Pada akhir 2007, permodalan pasaran komunikasi dan multimedia menyumbang RM94 bilion daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia yang berjumlah RM985 bilion, kata XOX. – Bernama
|
| |
| |
|
|
| |
| |